Senja yang berlabuh tanda malam menjelma,
Sinaran sang suria berlalu pergi,
Pengetahuan yang tinggi tiada berguna,
Jika hidup sombong meninggi diri…
Setiap manusia yang ada pegangan,
Kerana itulah amanat tuhan,
Jika kita tersalah gunakan,
Kita hidup didalam penyesalan…
Kita di cipta menempuh perjalanan,
Suka duka satu ujian,
Demi kehidupan di masa hadapan,
Diangkat martabat sebagai insan…
Rahmat tuhan tiada batasan, Kita bersujud tanda kesyukuran,
Itulah tanggung jawap seorang insan, Berbagi ilmu berhati ehsan.
No comments:
Post a Comment